Saturday, April 16, 2011

HTC Sensation Diperkenalkan Secara Rasminya

Setelah kedengaran pelbagai ura-ura berkaitan peranti yang dinamakan HTC Pyramid, hari ini, HTC sendiri telah mengesahkan peranti tersebut, namun dengan nama baru, dipanggilHTC Sensation. Seperti peranti HTC yang lain, ianya turut sama menggunakan sistem operasi Google Android, bersama-sama dengan antaramuka HTC Sense padanya.
HTC Sensation
HTC Sensation membawakan cip pemprosesan dual-core berkelajuan 1.2GHz, bersama-sama dengan skrin sentuh sebesar 4.3-inch dengan sokongan HD. Kamera 8-megapixel dengan sokongan rakaman video HD turut didatangkan, selain bunyi stereo yang terdapat padanya. Selain itu, HTC Sensation turut sama didatangkan dengan fungsi HTC Watch, iaitu salah satu aplikasi yang membolehkan para pengguna mengakses pelbagai kandungan video, filem dan sebagainya terus daripada telefon pintar mereka.
Buat masa ini, ianya tidak lagi tidak diketahui bilakah ianya akan tiba di Malaysia, dan berapakah harganya kelak.

+kredit penuh kepada amanz network

Friday, April 15, 2011

Nokia Memperkenalkan Nokia X7 Bersama-Sama Symbian Anna

Nokia hari ini telah pun memperkenalkan peranti terbaru daripada mereka, iaitu Nokia X7. Melalui Nokia X7, ianya membawakan sistem operasi Symbian OS yang diperkemaskini, dipanggil sebagai Symbian Anna. Melalui Nokia X7, ianya ditujukan untuk menjadi salah satu telefon pintar yang dikhaskan untuk hiburan, selain pada masa yang sama membolehkan para penggunanya menikmati internet mudah-alih, serta berkomunikasi dengan lain dengan mudah.
Nokia X7
Melalui Nokia X7, ianya membawakan skrin AMOLED seluas 4-inch, dimana melaluinya ianya membawakan resolusi seluas 640×380 pixel. Selain daripada itu, ianya turut didatangkan bersama-sama dengan kamera 8-megapixel, membolehkan para pengguna merakamkan video HD 720p dengan mudah. Memori terbina pada Nokia X7 cuma 350MB, namun boleh ditambah sehingga 32GB melalui ruangan mikro-SD yang disediakan.
Ianya dijangkakan yang mana Nokia X7 akan mula dijual di pasaran bermula daripada suku-tahun kedua tahun ini. Harga dan tarikh pelancarannya di Malaysia masih lagi tidak diketahui.

+kredit pebuh kepada amanz network

Thursday, April 14, 2011

pengunguman daripada admin

kami meminta maaf kerana tidak dapat membuat sebarang transaksi pembelian lagi selepas ini. tapi kami akan tetap meneruskan penulisan blog ini untuk berkongsi tips dan berita mengenai telefon bimbit..nantikan..

Nokia E6 Diperkenalkan Secara Rasminya

Nokia E6
Selain daripada Nokia X7 dan memperlihatkan Symbian Anna, Nokia turut samamengumumkan dan memperlihatkan lagi satu peranti yang akan dilepaskan bersama-sama dengan Symbian Anna, iaitu Nokia E6. Menariknya mengenai Nokia E6 adalah dimana ianya membawakan skrin sentuh, bersama-sama dengan papan kekunci QWERTY padanya.
Nokia E6 membawakan skrin LCD seluas 2.46-inch, yang mana membawakan resolusi sebesar 640×480 pixel. Sama seperti X7, ianya turut sama membawakan kamera 8-megapixel dengan sokongan rakaman video HD 720p. Buat masa ini, tarikh pelancaran Nokia E6 di Malaysia masih lagi tidak diketahui, namun Nokia memperkatakan yang mana ianya akan mula dijual sekitar suku-tahun ketiga kelak.

+kredit 100% kepada amanz network

DiGi Menawarkan HTC Incredible S Bermula Harga RM1199

Setelah HTC Incredible S dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada bulan lepas, kini ianya telah pun mula ditawarkan kepada para pengguna Malaysia. Para pengguna boleh mendapatkannya melalui pengedar rasmi HTC pada harga RM1999, ataupun pada harga lebih murah daripada DiGi.
DiGi melalui pakej DiGi Smart Plan mereka menawarkan HTC Incredible S pada harga cuma RM1449 untuk kontrak 12 bulan, ataupun pada harga cuma RM1199 dengan kontrak selama 24 bulan.
Melalui peranti Android daripada HTC ini, mereka membawakan skrin Super LCD seluas 4-inch, yang mana turut didatangkan bersama-sama dengan sokongan audio SRS, kamera terbina 8-megapixel dengan kebolehan auto-fokus, dan juga kebolehan rakaman video HD 720p.
+amanz network

Wednesday, April 6, 2011

xperia arc akan dijual rm 1499 oleh maxis

_kejap...jangan gembira sakan dahulu

rm1499 hanya kepada pakej bersama kontrak..(huh)

pihak kami meminta maaf kerana tidak mengupdate blog setelah sekian lama..kami akan meneruskan semula dan berharap pembaca pembaca yang disayangi sekalian akan tetap bersama kami

hari ini Sony Ericsson Xperia Arc dilancarkan secara rasminya pada harga RM2099. Namun begitu, para pengguna boleh mendapatkannya pada harga yang lebih murah dengan pakej dan pelan khas daripada Maxis.

 maxis menawarkan Xperia Arc pada harga bermula RM1499 dengan kontrak 24 bulan, RM1599 dengan kontrak 18 bulan ataupun RM1749 dengan kontrak 12 bulan.



Xperia Arc merupakan salah satu peranti Android terkini daripada Sony Ericsson, membawakan Android 2.3, serta membawakan rekabentuk yang menarik. Ianya turut membawakan skrin sentuh dengan teknologi Bravia seluas 4.2-inch dengan resolusi 854×480 pixel, serta kamera 8.1 megapixel dengan sokongan HD. Ianya turut didatangkan bersama-sama dengan sokongan mikro-HDMI, membolehkan anda menghubungkannya pada TV dengan mudah.

dibawakan kepada anda oleh amanz network

Monday, March 7, 2011

sony ericsson xperia x10 review

minta maaf sangat kerana jarang update blog..

2 minggu lalu..,saya sendiri telah menjadi pengguna xperia x10 seterusnya menjadi android fanbois..

dan personally daripada apa yang saya lihat..xperia x10 merupakan satu peranti yang paling hebat dalam lingkungan harga myr 1100-1300..

apa yang paling hebat adalah fungsinya yang setaraf dengan smartphone bertaraf tinggi dengan ability fungsi compass dalaman,fungsi accelerometer yang sensitive menjadikan pelbagai games dan application dapat dimainkan sempurna..

dan apabila bercakap tentang games dan application,android sememangnya operasi sistem yang memberikan anda kepuasan dengan android market,mengikut statistik,android market berada di tempat yang kedua selepas istore kepada pengguna iphone dan diikuti dengan ovi store kepada symbian..,

malangnya apabila bercakap tentang android market,sedikit kekurangan adalah terlalu banyak kelemahan dari sudut kewangan,walaupun kebanyakan apps dan games adalah percuma (free ataupun lite)..,tetapi versi-versi percuma tidak memberikan kepuasan optima..dan memaksa anda untuk membeli perisian sebenar..tapi harganya selalunya tidak lebih dari usd 10..masalah ini bukan masalh besar kerana apple istore dahulunya juga begitu namun sedikit demi sedikit sudah berubah seperti sekarang

ini merupakan key feauture untuk sony ericsson xperia x10
Quad-band GSM and tri-band 3G support
7.2 Mbps HSDPA and 2 Mbps HSUPA support
4" capacitive touchscreen of WVGA (480 x 854 pixel) resolution and scratch-resistant surface
16M-color ready (65K effective colors under Android OS v1.6)
Android OS v1.6 with complete Sony Ericsson UI customization
Timescape and Mediascape UI
Excellent social networking integration
Excellent build quality
Qualcomm QSD8250 Snapdragon 1 GHz CPU, OpenGL ES 2.0 support; 384 MB of RAM
8 MP autofocus camera with LED flash, touch focus, image stabilization, geotagging, face and smile detection
WVGA (800 x 480 pixels) video recording @ 30fps
Wi-Fi and GPS with A-GPS
1GB storage, microSD slot, bundled with an 8GB card
Accelerometer and proximity sensor
Standard 3.5 mm audio jack
microUSB port (charging) and stereo Bluetooth v2.1
Document viewer
Li-Po 1500 mAh (BST-41) battery
Great audio quality

dan kelemahan yang terbesar adalah
tiada fungsi gps yang percuma(kebanyakan menggunakan 3g sahaja tetapi ada jika anda mencari di forum2)
tiada keyboard qwerty fizikal(lebih susah untuk menaip)
tiada kamera hadapan (walaupun saya memang tidak perlukan)
tidak banyak pilihan untuk accesories seperti casing dan lain lain


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...