Sunday, May 15, 2011

iPhone Seterusnya Mungkin Adalah iPhone “4S”?

Sebelum ini beberapa informasi berkaitan iPhone generasi akan datang telah pun kedengaran, dengan beberapanya memperkatakan yang mana ianya akan tiba sekitar bulan Septemberkelak. Melalui laporan daripada para penganalisa, kini ianya diperkatakan iPhone generasi akan datang mungkin akan dikenali sebagai “iPhone 4S” dan bukannya iPhone 5.
Ianya diperkatakan yang mana iPhone generasi akan datang kelak hanya akan membawakan perubahan yang minimum dari segi rekabentuknya, dan dijangka akan membawakan kamera yang lebih bagus lagi, serta cip pemprosesan A5 dwi-teras, serta sokongan HSPA+.
Ianya juga diperkatakan yang mana disebabkan cip 4G tidak sedia sepenuhnya, Apple akan memperkenalkan beberapa kemaskini minor, dan mungkin akan menamakannya sebagai iPhone “4S”. Namun begitu, Apple seperti biasa tidak memberikan sebarang komen untuk laporan ini.

kredit 100% kepada amanz network

Friday, April 22, 2011

HTC Desire S Akan Dijual Pada Harga RM1,799

Dengan HTC Desire S yang dijangka akan dilancarkan esok, kini harganya sudah pun mula kelihatan, dimana HTC Desire S akan berharga RM1,799 di Malaysia. HTC Desire S juga boleh didapati di semua Maxis Centre seluruh negara bermula daripada 15 April, dimana anda boleh mendapatkannya pada harga semurah RM1,299 melalui Maxis.

Harga HTC Desire S Pada Maxis [via]
Maxis menawarkan HTC Desire S pada harga serendah RM1,299 dengan kontrak selama 24 bulan, RM1,399 dengan kontrak 18 bulan, dan RM1,499 dengan kontrak selama 12 bulan. Para pelanggan yang berminat boleh mendapatkannya bersama-sama dengan pakej dan pelan yang disediakan oleh Maxis.
Ianya juga berkemungkinan besar akan dijual di pengedar-pengedar HTC seluruh negara pada harga RM1,799.
kredit kepada amanz network

Thursday, April 21, 2011

HTC Watch Bakal Diperkenalkan Pada Suku Tahun Ke-4 Di Malaysia

Sebelum ini, HTC telah pun memperkenalkan salah satu perkhidmatan terbaru mereka, iaitu HTC Watch yang mana akan didatangkan bersama-sama pelbagai peranti baru mereka kelak, membolehkan para pengguna menonton video dengan mudah melaluinya. Kini, ianya telah pun diumumkan yang mana para pengguna tempatan akan menerima perkhidmatan ini pada suku tahun ke-4 kelak.

HTC Watch Pada Sensation [via]
Melalui HTC Watch, ianya membolehkan para pengguna menonton pelbagai video dan filem terbaru terus pada peranti mereka. Ianya menggunakan konsep sama seperti menonton video dimana ianya buffer video secara terus atas talian, dan tidak memerlukan anda menunggu masa yang lama untuk memuat-turun sesuatu filem itu.
Buat masa ini, perkhidmatan ini hanya diperkenalkan di Amerika Syarikat dan Eropah sahaja, dan Malaysia serta Asia Tenggara dijangka diperkenalkan sekitar suku-tahun ke-empat kelak.

+kredit kepada amanz network

Wednesday, April 20, 2011

HTC Flyer Akan Mula Dijual Bermula 12 Mei Pada Harga RM2499

Hari ini, HTC Malaysia telah pun melancarkan tablet pertama mereka, iaitu HTC Flyer yang mana membawakan Android 2.3 yang telah diubah-suai dengan HTC Sense untuk tablet. Menurut pihak mereka, HTC Flyer akan mula dijual di pasaran Malaysia bermula daripada 12 Mei ini kelak dengan harga cuma RM2499.
Selain daripada itu, HTC Flyer juga turut akan ditawarkan oleh Maxis tidak lama lagi dengan harga subsidi. Buat masa ini, harga peranti termasuk pakej Maxis masih lagi belum diumumkan lagi, dan ianya diperkatakan yang mana Maxis akan menawarkannya pada harga RM199. Namun begitu, harga tersebut tidak diketahui dengan kontrak dan pelan apa buat masa ini.
HTC Flyer membawakan cip pemprosesan 1.5GHz dengan Android 2.3 Gingerbread, serta skrin seluas 7-inch bersama resolusi 1024×600.
+kredit kepada amanz network

Tuesday, April 19, 2011

BlackBerry PlayBook Diperlihatkan Di Malaysia

Selain daripada HTC Flyer, lagi satu tablet yang telah diperlihatkan hari ini adalah BlackBerry PlayBook oleh RIM. Buat masa ini, ianya hanya sekadar diperlihatkan sahaja di Malaysia, dan masih tiada tarikh rasmi berkenaan dengan pelancaran dan harga BlackBerry PlayBook di Malaysia.
BlackBerry PlayBook secara rasminya akan dilancarkan oleh RIM pada 19 April akan datang ini. Menurut pihak RIM, tarikh pelancaran tempatannya akan tidak begitu jauh berbeza, dan mungkin dalam beberapa minggu, ianya akan diperkenalkan di Malaysia. Selain daripada itu, BlackBerry PlayBook juga turut sama akan dijual secara berasingan tanpa sebarang kontrak daripada penyedia telekomunikasi tempatan.
Namun begitu, mungkin juga terdapat penyedia telekomunikasi tempatan yang menawarkan peranti tablet pertama daripada RIM ini. Jikalau dilihat sebelum ini, peranti BlackBerry ditawarkan oleh hampir kesemua penyedia telekomunikasi, namun memandangkan BlackBerry PlayBook turut sama didatangkan bersama-sama dengan sokongan LTE/WiMAX, mungkin juga Yes ataupun P1 menawarkannya. Namun segalanya masih tidak dapat disahkan buat masa ini.
Perisian akhir BlackBerry Tablet OS juga masih belum siap sepenuhnya, dan masih lagi beberapa perubahan akhir sedang dilakukan padanya. Namun, mungkin ianya selesai sepenuhnya ketika pelancarannya kelak pada minggu hadapan. Namun begitu, salah satu kelemahan padanya adalah anda perlu tether terlebih dahulu bersama-sama dengan BlackBerry anda sebelum dapat menggunakan fungsi emel, BBM dan sebagainya. Namun begitu, anda masih boleh menggunakan aplikasi pihak ketiga yang lain, namun tidak dapat mengalami penggunaan emel sepenuhnya seperti mana yang terdapat pada peranti BlackBerry yang lain.
BlackBerry PlayBook membawakan cip pemprosesan 1GHz dual-core, bersama-sama dengan RAM 1GB, serta pelayar web yang pantas dengan sokongan HTML5 dan juga Flash. Ianya juga turut sama membawakan kamera hadapan 3-megapixel dan juga kamera belakang 5-megapixel.

+kredit kepada amanz network

Monday, April 18, 2011

Tiada iPhone 5 Pada WWDC Tahun Ini?

Seperti mana yang dinantikan, kini ianya sah yang mana Apple bakal memperlihatkan masa depan sistem operasi Mac OS X mereka, bersama-sama dengan sistem operasi iOS pada WWDC 2011 yang bakal diadakan selama lima hari bermula daripada 6 Jun kelak.
Apple telah pun memulakan pendaftaran untuk acara tersebut, dimana tiketnya boleh didapati pada harga hanya $1,599. Selain memperlihatkan masa depan untuk sistem operasi mereka, Apple juga dijangka akan membawakan lebih daripada 100 sesi teknikal untuk para pembangun, yang mana dibawakan terus para pembangun Apple.
Selain daripada itu, beberapa laporan awal turut memperkatakan yang mana berkemungkinan besar Apple tidak akan memperkenalkan generasi baru iPhone padanya, seperti mana yang dilakukan sebelum-sebelum ini.

Sunday, April 17, 2011

iPhone 4 Putih Pada Penghujung Bulan Ini?

Kini, Bloomberg melaporkan yang mana Apple telah pun bersedia untuk melancarkan iPhone 4 versi warna putih, dan menjangkakan ianya akan menemui para pengguna pada penghujung bulan ini. Sebelum ini juga beberapa laporan telah kedengaran yang mana Apple hanya akanmemulakan produksi iPhone 5 sekitar bulan September dan mula menjualnya pada penghujung tahun ini.
iPhone4 Putih
Gambar sekadar hiasan
Ianya diperkatakan yang mana iPhone 4 versi putih lebih sukar dibangunkan berbanding yang biasa, dimana beberapa masalah telah dihadapi, mengakibatkan penangguhan oleh pihak Apple. Walaubagaimanapun, Apple masih lagi belum mengesahkan berkenaan pelancaran iPhone 4 putih sehingga kini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...