Monday, May 23, 2011

pengunguman:blog baru dedikasi kepada pengguna android

assalamualaikum dan salam sejahtera



oleh kerana pengguna android semakin bertambah di malaysia, kami telah membuat satu laman berasaskan laman percuma blogspot untuk menyediakan kepada anda -peminat android- mengenai review appilacation terbaru dan terbaik, handphone menggunakan operasi android terbaru mahupun khabar angin, cara-cara untuk setting android anda dan apa-apa sahaja yang kami mampu sediakan untuk anda termasuklah untuk root sebahagian model handphone


tidak kurang juga,kami juga menyediakan satu facebook page untuk laman ini 



Tuesday, May 17, 2011

iPhone Generasi Baru Akan Membawakan Skrin Dari Bucu-Ke-Bucu?

Dengan pelbagai ura-ura kedengaran berkaitan iPhone generasi akan datang, kini pada laman AliBaba.com, munculnya sebuah case baru untuk iPhone yang dinamakan sebagai aksesori tambahan untuk iPhone 5G. Menariknya adalah ianya turut sama memperlihatkan bukan sahaja skrin yang lebih luas, tetapi skrin sentuh dari bucu-ke-bucu.
Walaubagaimanapun, ianya tidak diketahui samaada perkara ini benar ataupun tidak, dan dikategorikan sebagai ura-ura sahaja buat masa ini. Selain daripada memperlihatkan skrin luas dari bucu-ke-bucu, gambaran pada halaman tersebut juga turut memperlihatkan yang mana lampu flash untuk kamera diletakkan dibucu kanan, dan berbeza dengan keadaan sekarang ini.
iPhone generasi kelima dijangka akan tiba sekitar bulan September kelak, dan sebelum ini ianya telah diperkatakan yang mana iPhone seterusnya mungkin akan hanya membawakan sedikit kemaskini berbanding iPhone 4 sebelum ini.
+kredit penuh kepada amanz network

Monday, May 16, 2011

Pembelian Aplikasi Berbayar Di Android Market Kini Menyokong Pengguna Tempatan

saya ingin membuka blog berbahasa melayu untuk android sahaja.dan saya rasa saya hanya mahu menggunakan server blogspot sahaja sebagai permulaan.siapa setuju??


Setelah Google mengumumkan sokongan pembelian Android Market pada Google I/O minggu lepas, kini beberapa orang pengguna sudah pun mula dapat membeli aplikasi Android di Malaysia dengan mudah, tanpa perlu menggunakan sebarang aplikasi pihak ketiga seperti sebelumnya.
Seperti sedia maklum, sebelum ini, Google telah menambah lebih 99 negara baru kepada negara yang boleh membeli aplikasi berbayar dengan mudah. Selain daripada pengumuman tersebut, Google turut sama memperkemaskini Android Market Web mereka dengan beberapa perkara baru, menjadikannya lebih relevan dan menarik lagi.
Buat masa ini, mungkin belum semua pengguna sudah dapat membelinya, namun ianya dijangka akan menyokong semua pengguna tempatan menjelang penghujung minggu ini kelak.

kredit penuh kepada amanz network

Sunday, May 15, 2011

iPhone Seterusnya Mungkin Adalah iPhone “4S”?

Sebelum ini beberapa informasi berkaitan iPhone generasi akan datang telah pun kedengaran, dengan beberapanya memperkatakan yang mana ianya akan tiba sekitar bulan Septemberkelak. Melalui laporan daripada para penganalisa, kini ianya diperkatakan iPhone generasi akan datang mungkin akan dikenali sebagai “iPhone 4S” dan bukannya iPhone 5.
Ianya diperkatakan yang mana iPhone generasi akan datang kelak hanya akan membawakan perubahan yang minimum dari segi rekabentuknya, dan dijangka akan membawakan kamera yang lebih bagus lagi, serta cip pemprosesan A5 dwi-teras, serta sokongan HSPA+.
Ianya juga diperkatakan yang mana disebabkan cip 4G tidak sedia sepenuhnya, Apple akan memperkenalkan beberapa kemaskini minor, dan mungkin akan menamakannya sebagai iPhone “4S”. Namun begitu, Apple seperti biasa tidak memberikan sebarang komen untuk laporan ini.

kredit 100% kepada amanz network

Friday, April 22, 2011

HTC Desire S Akan Dijual Pada Harga RM1,799

Dengan HTC Desire S yang dijangka akan dilancarkan esok, kini harganya sudah pun mula kelihatan, dimana HTC Desire S akan berharga RM1,799 di Malaysia. HTC Desire S juga boleh didapati di semua Maxis Centre seluruh negara bermula daripada 15 April, dimana anda boleh mendapatkannya pada harga semurah RM1,299 melalui Maxis.

Harga HTC Desire S Pada Maxis [via]
Maxis menawarkan HTC Desire S pada harga serendah RM1,299 dengan kontrak selama 24 bulan, RM1,399 dengan kontrak 18 bulan, dan RM1,499 dengan kontrak selama 12 bulan. Para pelanggan yang berminat boleh mendapatkannya bersama-sama dengan pakej dan pelan yang disediakan oleh Maxis.
Ianya juga berkemungkinan besar akan dijual di pengedar-pengedar HTC seluruh negara pada harga RM1,799.
kredit kepada amanz network

Thursday, April 21, 2011

HTC Watch Bakal Diperkenalkan Pada Suku Tahun Ke-4 Di Malaysia

Sebelum ini, HTC telah pun memperkenalkan salah satu perkhidmatan terbaru mereka, iaitu HTC Watch yang mana akan didatangkan bersama-sama pelbagai peranti baru mereka kelak, membolehkan para pengguna menonton video dengan mudah melaluinya. Kini, ianya telah pun diumumkan yang mana para pengguna tempatan akan menerima perkhidmatan ini pada suku tahun ke-4 kelak.

HTC Watch Pada Sensation [via]
Melalui HTC Watch, ianya membolehkan para pengguna menonton pelbagai video dan filem terbaru terus pada peranti mereka. Ianya menggunakan konsep sama seperti menonton video dimana ianya buffer video secara terus atas talian, dan tidak memerlukan anda menunggu masa yang lama untuk memuat-turun sesuatu filem itu.
Buat masa ini, perkhidmatan ini hanya diperkenalkan di Amerika Syarikat dan Eropah sahaja, dan Malaysia serta Asia Tenggara dijangka diperkenalkan sekitar suku-tahun ke-empat kelak.

+kredit kepada amanz network

Wednesday, April 20, 2011

HTC Flyer Akan Mula Dijual Bermula 12 Mei Pada Harga RM2499

Hari ini, HTC Malaysia telah pun melancarkan tablet pertama mereka, iaitu HTC Flyer yang mana membawakan Android 2.3 yang telah diubah-suai dengan HTC Sense untuk tablet. Menurut pihak mereka, HTC Flyer akan mula dijual di pasaran Malaysia bermula daripada 12 Mei ini kelak dengan harga cuma RM2499.
Selain daripada itu, HTC Flyer juga turut akan ditawarkan oleh Maxis tidak lama lagi dengan harga subsidi. Buat masa ini, harga peranti termasuk pakej Maxis masih lagi belum diumumkan lagi, dan ianya diperkatakan yang mana Maxis akan menawarkannya pada harga RM199. Namun begitu, harga tersebut tidak diketahui dengan kontrak dan pelan apa buat masa ini.
HTC Flyer membawakan cip pemprosesan 1.5GHz dengan Android 2.3 Gingerbread, serta skrin seluas 7-inch bersama resolusi 1024×600.
+kredit kepada amanz network
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...