Friday, February 11, 2011

tips:9 tips membeli di internet dengan selamat

membeli di atas talian merupakan satu cara shoping terbaru di malaysia..

antara web yang menawarkan pembelian secara dalam talian ni adalah
mudah.my
lelong.com.my
(contoh yang paling terkenal)

tapi ramai juga yang kena tipu di internet ni..cara2 mereka ni byk..dari sesimple tak hantar barang atau barang tidak berkualiti seperti di advertisment..tapi ada jugak orang yang buat penipuan yang cara cukup licik..
klik read more untuk tips dan cerita





ehh..tepikir pula..kalau kita buat satu website/blog untuk kita simpan nama2 penipu,akaun bank,no.telepon,dan kalau ada yang advance..dengan no.ic dan alamat sekali.dan juga sedikit sebanyak cerita berkaitaan penipuan tu..(modus operandi)
apakata??stuju2???

ai..kenapa aku lari tajuk..ini bukan blog personal aku lah..maaf2 wahai reader sekalian..[msuk mood serius balik]

1. pastikan realibility penjual..utamakan orang yang ada kedai di mudah.my(wlupun x semestinya betul)

2. pastikan anda taip nama/ni.telefon/no.akaun kat google dan sertakan perkataan penipu..contoh..lukman awaluddin penipu(eh..aku cek la aku punya nama nih..ohh..tiba2 kena link ke blog sendiri daa..)

3. save advertisment page tu untuk persediaan hari mendatang..(cewah..bahasa..)jangan lupa juga save semua nombor telepon dan akaun nya..

4. jika anda deal dengan perseorangan,mungkin anda tidak diberi resit..oleh itu buat resit anda..aik??macam mana tuh??kalau anda malu untuk meminta sain nya di kertas..cara ini lagi efektif-cuba mesej kat dia.."apa yang saya dapat dalam box dan berapa harganya??"org itu akan mnjwb brg anda serta harganya..dan save message tu..dan bila anda dah siap bank-in kat prnjual tersebut..tanya dia.."dah masuk ke belum..berapa saya bank in tadi"atau yang semakna dengannya..semua mesej2 tersebut simpan..walaupun transaksi suda selesai..kerana ada kes..ehh..panjangnya point no.4 ni..okeh la..nanti saya ceritakan kes unik tadi

5. jika anda online banking,simpan segala transaksi dengan screenshot sekali..(tips tuk beginner-tekan buton "prnt scr"(print screen) di keyboard,buka paint(atau apa2 image maker)dan paste..jika anda bank-in di kiosk..simpan resit..

6. jangan percaya dengan berita "too goods too be true" kecuali daripada orang yang anda percayai

7. pentingkan transaksi c.o.d(jumpa face to face)

8. jika c.o.d..,lebih baik di tempat yang ada cctv..contohnya bank atau petrol station

9. banyakkan doa..oyeah!!(aku tiada idea sudah..tapi tak cukup 9..nanti la kalau ada ilham tulis lagi..)

kesimpulannya,..eh2..cerita tadi aku belum beritahu..okeh2..aku cerita..tapi bagi aku masa..dah asar..hoho(sambil igt blk plot cerita)
se bentar..
dua bentar..

aku namakan watak2 mengikut huruf..

A menjual kereta
B ingin membeli kereta daripada A
A meminta deposit rm3000
B bayar rm3000 untuk pendahuluan secara bank in

pada masa yang sama
C menjual kasut crocs..+-rm100
B ingin membeli
B "ter"bank-in rm3000 ke akaun C
B kata"eh..salah bank-in..saya nak byr rm3000 tu untuk beli letop kat intenet ni"

akhirnya,
C berjumpa B
C serahkan kasut crocs dan rm2900 sebagai baki

B hilang selepas itu..lost contact

apa yang berlaku sebenarnya adalah

B tidak langsung bank-in rm3000 ke akaun C,tapi
rm3000 yang masuk ke akaun C itu adalah duit A..
kerana B memberikan bank akaun C kepada A..bukan akaunnya sendiri
jadi B cari orang dalam kat bank dan dapat nombor tepon C..dan C disalahkan..(tp aku dgr si A ni cool ja)

jadi B sebenarnya penipu..,dan hari itu keuntungannya adalah rm 2900 dan sepasang kasut cros..tidak lupa dosa serta hati yang tidak tenang..hoho

sekian sahaja cerita daripada saya..terima kasih daun keladi~~jika tak faham cerita tadi sila abaikan kerana saya bukan pencerita...

p/s:sori..aku tak dapat kawal diri aku untuk menjadi seorang yang serius..
p/s2:siapa sokong kita buat satu blog umtuk kumpul penipu tu??sila komen...

2 comments:

  1. sokong2!!cepat la buat 1 website tuk kumopul penipu

    ReplyDelete
  2. ya..skrg byk btul kes penipu di internet..kdg sy dah xykin gan beli kt internet nih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...