Tuesday, April 19, 2011

BlackBerry PlayBook Diperlihatkan Di Malaysia

Selain daripada HTC Flyer, lagi satu tablet yang telah diperlihatkan hari ini adalah BlackBerry PlayBook oleh RIM. Buat masa ini, ianya hanya sekadar diperlihatkan sahaja di Malaysia, dan masih tiada tarikh rasmi berkenaan dengan pelancaran dan harga BlackBerry PlayBook di Malaysia.
BlackBerry PlayBook secara rasminya akan dilancarkan oleh RIM pada 19 April akan datang ini. Menurut pihak RIM, tarikh pelancaran tempatannya akan tidak begitu jauh berbeza, dan mungkin dalam beberapa minggu, ianya akan diperkenalkan di Malaysia. Selain daripada itu, BlackBerry PlayBook juga turut sama akan dijual secara berasingan tanpa sebarang kontrak daripada penyedia telekomunikasi tempatan.
Namun begitu, mungkin juga terdapat penyedia telekomunikasi tempatan yang menawarkan peranti tablet pertama daripada RIM ini. Jikalau dilihat sebelum ini, peranti BlackBerry ditawarkan oleh hampir kesemua penyedia telekomunikasi, namun memandangkan BlackBerry PlayBook turut sama didatangkan bersama-sama dengan sokongan LTE/WiMAX, mungkin juga Yes ataupun P1 menawarkannya. Namun segalanya masih tidak dapat disahkan buat masa ini.
Perisian akhir BlackBerry Tablet OS juga masih belum siap sepenuhnya, dan masih lagi beberapa perubahan akhir sedang dilakukan padanya. Namun, mungkin ianya selesai sepenuhnya ketika pelancarannya kelak pada minggu hadapan. Namun begitu, salah satu kelemahan padanya adalah anda perlu tether terlebih dahulu bersama-sama dengan BlackBerry anda sebelum dapat menggunakan fungsi emel, BBM dan sebagainya. Namun begitu, anda masih boleh menggunakan aplikasi pihak ketiga yang lain, namun tidak dapat mengalami penggunaan emel sepenuhnya seperti mana yang terdapat pada peranti BlackBerry yang lain.
BlackBerry PlayBook membawakan cip pemprosesan 1GHz dual-core, bersama-sama dengan RAM 1GB, serta pelayar web yang pantas dengan sokongan HTML5 dan juga Flash. Ianya juga turut sama membawakan kamera hadapan 3-megapixel dan juga kamera belakang 5-megapixel.

+kredit kepada amanz network

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...