Friday, April 15, 2011

Nokia Memperkenalkan Nokia X7 Bersama-Sama Symbian Anna

Nokia hari ini telah pun memperkenalkan peranti terbaru daripada mereka, iaitu Nokia X7. Melalui Nokia X7, ianya membawakan sistem operasi Symbian OS yang diperkemaskini, dipanggil sebagai Symbian Anna. Melalui Nokia X7, ianya ditujukan untuk menjadi salah satu telefon pintar yang dikhaskan untuk hiburan, selain pada masa yang sama membolehkan para penggunanya menikmati internet mudah-alih, serta berkomunikasi dengan lain dengan mudah.
Nokia X7
Melalui Nokia X7, ianya membawakan skrin AMOLED seluas 4-inch, dimana melaluinya ianya membawakan resolusi seluas 640×380 pixel. Selain daripada itu, ianya turut didatangkan bersama-sama dengan kamera 8-megapixel, membolehkan para pengguna merakamkan video HD 720p dengan mudah. Memori terbina pada Nokia X7 cuma 350MB, namun boleh ditambah sehingga 32GB melalui ruangan mikro-SD yang disediakan.
Ianya dijangkakan yang mana Nokia X7 akan mula dijual di pasaran bermula daripada suku-tahun kedua tahun ini. Harga dan tarikh pelancarannya di Malaysia masih lagi tidak diketahui.

+kredit pebuh kepada amanz network

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...