Saturday, April 16, 2011

HTC Sensation Diperkenalkan Secara Rasminya

Setelah kedengaran pelbagai ura-ura berkaitan peranti yang dinamakan HTC Pyramid, hari ini, HTC sendiri telah mengesahkan peranti tersebut, namun dengan nama baru, dipanggilHTC Sensation. Seperti peranti HTC yang lain, ianya turut sama menggunakan sistem operasi Google Android, bersama-sama dengan antaramuka HTC Sense padanya.
HTC Sensation
HTC Sensation membawakan cip pemprosesan dual-core berkelajuan 1.2GHz, bersama-sama dengan skrin sentuh sebesar 4.3-inch dengan sokongan HD. Kamera 8-megapixel dengan sokongan rakaman video HD turut didatangkan, selain bunyi stereo yang terdapat padanya. Selain itu, HTC Sensation turut sama didatangkan dengan fungsi HTC Watch, iaitu salah satu aplikasi yang membolehkan para pengguna mengakses pelbagai kandungan video, filem dan sebagainya terus daripada telefon pintar mereka.
Buat masa ini, ianya tidak lagi tidak diketahui bilakah ianya akan tiba di Malaysia, dan berapakah harganya kelak.

+kredit penuh kepada amanz network

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...